Powered By Blogger

Sunday 17 June 2012

KEPENTINGAN BIODIVERSITI


Biodiversiti adalah kepelbagaian hidupan biologi atau biodiversity iaitu kepelbaian organisma hidupan dari sumber daratan mahupun lautan dan lain-lain.Biodiversiti merangkumi ekosistem akuatik dan  dan sebahagian daripada ekosistem  yang kompleks termasuk didalam  kelompok spesis dan antara sepsis dan ekosistemnya

SUMBER MAKANAN DAN PROTEIN
Kepelbagaian sepsis tumbuhan dan haiwan menjadi sumber makanan dan sumber protein kepada manusia. Manusia mendapat pelbagai sumber makanan yang boleh didapati daripada tumbuh-tumbuhan contohnya sayur-sayuran dan beras yang menjadi makanan asasi penduduk Malaysia. Selain itu,manusia juga mendapat sumber protein daripad spesis haiwan daratan dan lautan seperti ikan, ayam,dan lembu.


SUMBER PERUBATAN
Biodiversiti berguna kepada manusia. Hal ini demikian kerana, kini sebanyak 3000 spesis tumbuhan di dunia ini dikenalpasti berfungsi sebagai anti-kanser. Dijangkakan sumbangan kekayaan kepelbagaian biodiversiti ini menyumbangkan US$8 BILION setahun untuk menghasilkan ubat bagi syarikat yang mengendalikan bidang ini. Contohnya, ANTHROPOSENTRIK, digunakan dalam memajukan Bank Genetik khasnya untuk memajukan sktor pertanian, perhutanan, akuakultur dan penternakan.Selain itu tanaman seperti Tongkat Ali, Kacip Fatimah, ubi jaga, serai wangi dan Misai Kucing boleh dijadikan sebagai sumber perubatan alternatif.Perubatan herba boleh mengubati penyakit tertentu.Sebagai contoh, daun misai kucing dapat menyembuhkan penyakit tekanan darahtinggi dan akar pokok bakawali pula dapat mengubati penyakit diabetis.Ia juga boleh digunakan sebagai sumber perubatan yang menyumbang jutaan ringgit setahun kepada ekonomi negara. Jelas bahawa kekayaan kepelbagaian spesis biodiversiti ini mampu memperbaiki tahap kesihatan masyarakat dan meningkatkan jangka hayat manusia.

SUMBER TENAGA
Penghasilan tenaga baru iaiutu tenaga biojisin yang diperolehi daripada tumbuh-tumbuhan dan najis haiwan  dan mendapan pulpa dapat membantu manusia dalam mencari pengganti kepada tenaga api yang semakin berkurangan.Selain itu, penggunaan tenaga biojisim juga dapat memelihara alam sekitar kerana bahan tenaga biojisim tidak mengeluarkan gas Co2.Tenaga biojisim tidak akan menjejeskan alam sekitar dan mungkin juga penyelesaian kepada masalah alam sekitar seperti kesan rumah hijau.

SUMBER AIR TAWAR
Pencemaran air tawar bukan saahaja memudaratkan manusia malah hidupan liar juga.Pembuangan sisa -sisa minyak dan bahan asing ke dalam sungai akan menjejaskan ekosistem sungai dan mencemarkan sumber air bersih kepada manusia.

SUMBER GALIAN DAN MINERAL
Pengurusan sumber yang baik bukan sahaja menjamin keperluan sumber dimasa hadapan malah menjamin sumber ekonomi negara dan memastikan bekalan sumber mineral negara mencukupi dimasa akan datang.

STABILKAN EKOSISTEM LAUT
Penanaman pokok bakau akan menstabilkanekosistem laut.Poko yang unik ini bukan sahajamenjadi tempat pembiakan bagi hidupan laut seperti ikan dan udang,malah tumbuhan ini akan menghalang hakisan ombak dan pukulan ribut kencang  daripada berlaku.

SUMBER R&D
Pemuliharaan ekosisten juga dapat membantu dalam penyelidikan. Pusat-Pusat penyelidikan seperti Pusat Biodiversiti Raub menjalankan kerja-kerja mengutip, memelihara dan menjalankan kerja-kerja kajian farmakologi sampel, pemprosesan dan penghasilan benih.Penyelidikan yang dijalankan terhadap biodiversiti menjamin kelestarian alam.Selain itu, kajian terhadap biodervisiti juga akan menjadi disiplin penting diInstitusi Pengajian Tinggi.
Kesimpulannya,penjagan biodiversiti adalah penting kerana biodiversiti mempunyai pelbaig kepentingan daripada segi sosial,dan ekonomi.Biodiversiti dapat memastikan kita mendatan segala keperluan dan juga membantu dalam penjanaan ekonomi negara.

                                                                                                                          BY: IKMAL FIKRI

3 comments: