Powered By Blogger

Sunday, 17 June 2012

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI SISA PEPEJAL

PENDAHULUAN
-Masalah pembuangan sisa pepejal semakin meruncing kerana bertoksid dan tidak reput.Ini juga menimbulkan pelbagai masalah pencemaran yang serius.
-Akibat daripada tiada kesedaran sivik di kalangan masyarakat.
-Oleh itu,langkah-langkah untuk mengatasi harus dipraktikkan agar dapat mengurangkan kadar statistik masalah sisa pepejal ini.

ISI-ISI PENTING
1.PENGURUSAN YANG BERSEPADU
-Merangkumi proses kitar semula,penggunaan semula,pengkomposan,loji rawatan termahal dan tapak pelupusan.
-Contohnya,loji rawatan terma di Beroga,Selangor yang menggunakan teknologi gas.
-Loji rawatan terma ini menggunakan tenaga daripada sisa pepejal itu sendiri untuk berfungsi dan mengurangkan dioksin serta volum gas eksos.
-Selain itu,proses kitar semula bahan-bahan dan memproses baki sisa untuk dijadikan blok penurapan jalan atau atap getting.
2.KITAR SEMULA SISA PEPEJAL
-Mengembangkan teknologi kitar semula untuk menghasilkan kegunaan alternative.
-Barang-barang seperti botol kaca,plastic dan tin aluminium mengambil masa 15 tahun untuk reput,oleh itu barang-barang tersebut harus dikitar semula.
-Contohnya,plastik dihancurkan menjadi fiber halus.
-Fiber halus pula digunakan untuk menghasilkan kain,beg,dan baju hujan.Manakala tayar buruk dijadikan tukun tiruan dilaut.

3.BINA LOJI LUPUS SISA PEPEJAL
-Bahan bertoksid seperti minyak kotor dan plumbun boleh mencemarkan alam sekitar dan pembuangan racun serangga boleh mencemarkan air.
-Setiap kilang wajib membina loji pelupusan sisa bertoksid kerana menyahaktifkan bahan bertoksid kepada bahan yang tidak berbahaya dan mesra alam.
-Bahan yang tidak mudah reput dibuang di tapak pelupusan yang jauh dari tempat kediaman dan sumber air.

4.R&D UNTUK HASILKAN BARANGAN YANG MESRA ALAM
-Contohnya,mencipta bekas plastik yang mudah reput dan pinggan mangkuk dibuat daripada sekam padi yang tidak mencemarkan alam.
-Barangan ini bukan sahaja mesra alam malah menyuburkannya.
-Jentera dicipta bagi membolehkan plastik dan tayar dihancurkan menjadi fiber halus.
-Justeru itu,bahan pencemar harus diproses semula menjadi barangan yang berguna dan dapat mengurangkan kuantiti sisa pepejal.
KESIMPULAN
-Semua pihak harus bekerjasama untuk mengurangkan masalah sisa pepejal di negara ini agar dapat mewujudkan negara yang bersih dan selamat.
-Oleh yang demikian,pembuangan sisa pepejal yang bertoksid dan tidak reput harus diselenggarakan dengan baik agar tidak mengancam kesihatan kita.

                                                                                                       disediakan oleh : fathin abd kadir

15 comments: