Powered By Blogger

Sunday, 17 June 2012

MAKANAN SEGERA


MAKANAN SEGERA

        Sudah menjadi kebiasaan orang ramai pada masa kini untuk mendapat sesuatu benda dengan cepat, mudah dan senang dinikmati pada bila-bila masa sahaja dan di mana-mana jua.  Hal ini menyebabkan permintaan terhadap makanan segera semakin digemari kerana menyediakan keperluan dan kehendak pelangganya serta tarikkan yang tersendiri.  Namun makanan segera jugalah yang menjadi factor kepada berlaku penyakit akibat pengambilan makanan segera.

     Punca utama ialah pegabaian aspek kebersihan. Pengabaian kebersihan menyebabkan penyakit mudah berlaku kerana kecuaian oleh manusia dalam menyediakan sesuatu makanan untuk dimakan.  Hal ini disebabkan makanan tersebut telah dicemari oleh bakteria yang berbahaya. Selain itu juga, kelalaian pengusaha makanan untuk menjaga mutu kebersihan makanan akan menyebabkan pelangganya mendapat penyakit berbahaya seperti cirit-birit, muntah-muntah dan pening akibat makanan yang dijualnya dicemari bakteria. . Pekerja yang mengalami penyakit mudah berjangkit seperti selsema atau batuk  akan mengakibatkan makanan tersebut dicemari  Disebabkan itu juga, pengabaian kebersihan akan menyebabkan makanan  yang dijual mudah basi dan berbau.


     Kandungan bahan kimia yang digunakan dalam makanan segera akan menjejaskan tahap kesihatan manusia.  Jelas dapat dilihat penggunaan bahan terlarang dalam masakan akan mengakibatkan kadar metabolisma tubuh badan akan berkurangan. Hal ini akan menyebabkan sistem tubuh badan akan lemah dan tidak akan berfungsi dengan baik.  Ini akan menyebabkan system perjalanan dalaman badan akan terjejas disamping dalam pengaliran darah ke seluruh badan dan mengakibatkan penyakit yang berbahaya yang akan dihadapi seperti penyakit jantung,darah tinggi,penyakit buah pinggan dan sebagai akibat pengambilan makanan segera yang mengandungi bahan kimia.

     Selain itu juga,tiada pemakanan seimbang dalam kehidupan juga akan menjejaskan kesihatan. Pemakanan makanan segera dalam kuantiti yang banyak serta kerap tanpa mempedulikan pemakanan yang seimbang akan mengakibatkan seseorang itu mudah mendapat penyakit klausfobia terhadap pemakanan yang diambilnya. Selain itu juga, prestasi individu akan menurun kerana tidak mendapat makanan yang berzat serta berkhasiat. Akibatnya, individu tersebut mudah dijangkiti penyakit dan dan dijangkiti oleh orang lain.

    Kesimpulanya,makanan segera adalah penyebabkan kenapa seseorang individu itu mudah mendapat penyakit,hal ini akan menjejaskan produktiviti individu akibat pengambilan makanan segera yang banyak dan kerap.

 Disediakan oleh:
Muhammad Arif bin Said

No comments:

Post a Comment