Powered By Blogger

Sunday, 17 June 2012

SISA PERTANIAN DAN KEPENTINGANNYA

Pendahuluan
  • Sisa pertanian merupakan bahan sampingan yang tidak digunakan lagi.Ia juga dapat diproses dan digunakan semula serta bermanfaat kepada manusia dan alam.Sisa pertanian mempunyai nilai komersial,bahan mentah kelas kedua jana pendapatan petani.
Isi-isi penting

Hasilkan baja kompos/organik
  • Dapat menghasilkan baja organik melalui hampas kelapa,kelapa sawit,tebu,sekam dan jerami padi.
  • Baja kompos juga amat sesuai untuk menyuburkan tanah dan tumbuhan pertanian hidup subur.
  • Dapat mengawal dan mengekalkan pergerakan air tanaman pertanian.
  • Mengekalkan kelembapan tanah.
  • Ia juga menghalang serangan bakteria terhadap tanah jika dibandingkan dengan baja kimia.

Jadi sumber makanan ternakan
  • Sekam padi amat sesuai untuk makanan anak-anak ayam dalam usia 1 hingga 15 tahun.
  • Jerami padi dikeringkan dijadikan makanan ternakan lembu,kambing,ayam dan lain-lain.
  • Jerami dan hampas tebu diproses menjadi dedak yang mengandungi protein dan mineral yang tinggi.
  • Mengurangkan import makanan ternakan.
  • Meningkatkan pendapatan petani dan pekebun.

Hasilkan biogas

  • Bahan seperti sekam padi dibakar akan menghasilkan tenaga.
  • Hampas kelapa sawit,tebu dan juga tahi lembu hasilkan tenaga biogas.
  • Lebih mesra alam berbanding bakaran api fosil
  • Mengurangkan pencemaran alam sekitar.
  • Elak pemanasan global

Bahan untuk hasil perabot
  • Batang pokok kelapa dan kelapa sawit boleh dijadikan gentian perabot menggantikan produk kayu-kayan.
  • Juga dijadikan kayu dan papan lapis.
  • Campuran sekam padi,silika dan gam hasilkan papan dan gentian bermutu tinggi.
  • Juga dijadikan bahan gentian dalaman kereta.

Kesimpulan
  • Sisa petanian mempunyai nilai komersial jika diuruskan dengan baik.Sisa pertanian juga meningkatkan pendapatan petani.Tiada pembaziran sisa ianya menjana industri baru dalam industri baja dan makanan ternakan.

                                                                                                           Disediakan oleh ,
                                                                                                            Mysara Shukor

No comments:

Post a Comment