Powered By Blogger

Sunday, 17 June 2012

PUNCA BANJIR KILAT

Punca pertama,pembangunan merubah bentuk muka bumi
- Pembangunan yang pesat telah menyebabkan banyak kawasan bandar berkembang untuk memenuhi kehendak kehidupan penduduk setempat dan demi tercapainya matlamat negara sebuah negara perindustrian baru.  Pembangunan yang disebutkan merangkumi pembangunan perumahan, perindustrian dan pembinaan infrastruktur. Bagaimana pun, kesan daripada pembangunan telah menjadi salah satu punca major yang mengakibatkan berlakunya banjir.

Berkurangannya kawasan telap air
selepas sekejap sahaja hujan turun. Hutan dan tanah memang berperanan sebagai agen menyerap air hujan yang semulajadi. Apabila air hujan turun dari langit, fungsi penyerapan hutan (tumbuh-tumbuhan) dan tanah akan memanjangkan masa air hujan itu untuk mengalir ke sistem saliran, iaitu sungai dan parit.  Tambahan pula, kebanyakan air hujan telah diserap dan tinggal sebahagian kecil sahaja air hujan yang masuk ke dalam sistem saliran.  Oleh itu, sistem saliran yang sedia ada berkemampuan untuk menakung air sebegitu isipadunya.
Apabila pembukaan tanah hutan berlaku kerana projek pembangunan, permukaan semulajadi telah ditukarkan kepada permukaan yang tidak telap air seperti simen, tar, konkrit dan sebagainya.  Oleh sebab air hujan tidak dapat diserap seperti yang sepatutnya, air akan mengambil masa yang singkat untuk mengalir ke sistem saliran.  Maka, sekejap sahaja isipadu air yang banyak dan aliran yang pesat itu akan menyebabkan sistem saliran menjadi cepat penuh.  Sistem saliran tersebut tidak mampu menampung isipadu air yang sebegitu banyak dan mengakibatkan air melimpah keluar.  Inilah sebabnya banjir kilat berlaku

Pemendapan kelodak dalam sungai
Permintaan perumahan yang tinggi merupakan salah satu kesan pembangunan.  Oleh sebab kekurangan tanah pamah di maka pemaju-pemaju telah membuka tanah berbukit sebagai kawasan pembangunan perumahan.  Pembangunan di kawasan lereng bukit dengan kecerunan yang melebihi 20 darjah memerlukan penyediaan Laporan Kesan Terhadap Alam Sekitar (EIA) untuk mengurangkan impak negatif terhadap alam sekitar.  Malah, kawasan pembangunan perumahan di Paya Terubong telah mencapai 50 darjah hingga 70 darjah!  Tanah bukit yang dibuka adalah terdedah dan tidak ditutupi dengan kain plastik dan penanaman rumput untuk mencegah hakisan tanah tidak dilakukan.  Akibatnya, apabila hujan turun, air hujan akan menyebabkan tanah tersebut terhakis dan tanah runtuh mudah berlaku.  Kemudiannya, air hujan akan membawa tanih

*Pembangunan Tidak Dirancang
-longkang-longkong sedia ada adalah longkang yang sudah lama,ditambah dengan kurangnya penyelenggaran menyebabkan sampah sarap tersumbat.  Apabila hujan lebat turun,air melimpah dan membanjiri kawasan-kawasan rendah  .Kegiatan sindiket mengorek pasir secara haram dan pembangunan tidak terancang dipercayai menjadi faktor penyumbang kepada banjir kilat luar biasa yang berlaku di bandar Kajang kelmarin.   

*Projek Pembangunan Tergendala
-Projek perumahan,jalan raya,kilang,kompleks membeli-belah dan lain-lain.
-separuh siap,gagal menyediakan longkang
-Menghalang laluan dan takungan air.

 *Sikap masyarakat
-Pemaju,penduduk dan peniaga
-Pemaju-mementingkan keuntungan tanpa mengambil kira kebajikan dan kesejahteraan.
-Penduduk-tidak menjaga kebersihan –buang sampah-aliran air tersekat.
-Peniaga-membuang sisa-sisa ke dalam longkang                 

Penguatkuasaan  undang-undang
-Rasuah
-Pemantauan tidak konsisten(tidak sepanjang masa)
-Tidak cukup kakitangan
-saling berharap antara jabatan.
-Kerenah birokrasi.

*Cuaca
-Malaysia berada dalam monsun tropika-menerima hujan sepanjang tahun.
-Perubahan air pasang surut yang luar biasa kesan pemanasan global.
-Perubahan cuaca yang tidak menentu kerana edaran angin yang membawa hujan

*Kesedaran awam
-tidak ada kempen sama ada dalam media cetak atau elektronik.
-Masyarakat menganggap banjir bukan bencana yang berisiko.
-Agensi kerajaan/Ngo tidak memainkan peranan secara langsung membangkitkan isu banjir kilat.

No comments:

Post a Comment