Powered By Blogger

Saturday, 16 June 2012

PERUBATAN HERBA -CARA UNTUK MEMAJUKANNYA

Pengenalan:  perubatan tradisional merupakan amalan tradisional sejak zaman dahulu lagi. perubatan tradisional juga boleh dikembangkan melalui beberapa cara.

Isi 1. Pelihara hutan
      - tumbuh-tumbuhan dalam hutan juga berpotensi untuk dijadikan ubat bagi perubatan herba.
      - sebagai contoh: pokok Bitangor di sarawak berkesan untuk merawat penyakit Aids.
      - tumbuh-tumbuhan yang berpotensi menjadi herba dalam perubatan perlulah diistiharkan sebagai spesis terlindung.
       - hutan simpan juga perlulah diperbanyakkan agar sepisis yang bernilai tidak musnah.
       - hal ini demikian kerana tumbuh-tumbuhan yang berpotensi dapat menjadi herba yang dilindungi.

Isi 2. Penyelidikan perubatan herba
     - penyelidikan dalam perubatan herba juga perlulah dipesatkan.
     - hal ini demikian kerana perubatan herba masih kurang diselidik  kerana keberkesannya masih belum dibuktikan melalui hasil kajian saintifik.
     - kajian herba harus dijalankan oleh ahli farmakologi dan ahli botani.
     - preskripsi ubat tradisional perlu dikaji.
     - herba seperti tapak dara, kemuning cina, misai kucing dan tongkat ali dianalisis dan dikaji.
     - cara ini dapat meningkatkan keselamatan herba.

Isi 3. Guna teknologi moden
     - teknologi juga penting untuk kembangkan perubatan herba.
     - di negara-negara barat ubat untuk leukemia dan malaria dihasilkan daripada herba dengan menggunakan teknologi moden.
      - ubat herba kita dihasilkan dengan cara tradisional iaitu dimasak  bersama-sama dengan ramuan dan  selepas itu disapu atau dimakan oleh pesakit.
       - oleh itu,  kaedah pengeluaran herba harus dimodenkan.
       - ubat herba perlu disediakan dalam bentuk ubat cecair, kapsul, dan pil.

Isi 4. Guna bioteknologi
     - pembiakan flora melalui bioteknologi juga dapat dikembangkan melalui perubatan herba. kegiatan.
     - kegiatan pembiakan perlu dijalankan seperti Jabatan Botani Universiti Malaya.
     - cara pembiakan moden seperti cara kultur sel dan pengklonan.
     - pembiakan secara besar-besaran dapat dijalankan.
     - dengan ini, bahan ubat  daripada herba tidak pupus.
     - pemasaran herba ke pasaran antarabangsa juga dapat dijalankan.

Penutup: kesimpulannya, biodiversiti hutan harus diterokai. kegiatan penyelidikan bersepadu harus digiatkan.

( Disediakan Oleh: ANIS SYAHIRA)

No comments:

Post a Comment