Biodiversiti
adalah kepelbagaian hidupan biologi atau biodiversity iaitu kepelbaian
organisma hidupan dari sumber daratan mahupun lautan dan lain-lain.Biodiversiti
merangkumi ekosistem akuatik dan dan
sebahagian daripada ekosistem yang
kompleks termasuk didalam kelompok
spesis dan antara sepsis dan ekosistemnya
SUMBER MAKANAN DAN
PROTEIN
Kepelbagaian
sepsis tumbuhan dan haiwan menjadi sumber makanan dan sumber protein kepada
manusia. Manusia mendapat pelbagai sumber makanan yang boleh didapati daripada
tumbuh-tumbuhan contohnya sayur-sayuran dan beras yang menjadi makanan asasi
penduduk Malaysia. Selain itu,manusia juga mendapat sumber protein daripad
spesis haiwan daratan dan lautan seperti ikan, ayam,dan lembu.
SUMBER PERUBATAN
Biodiversiti
berguna kepada manusia. Hal ini demikian kerana, kini sebanyak 3000 spesis
tumbuhan di dunia ini dikenalpasti berfungsi sebagai anti-kanser. Dijangkakan
sumbangan kekayaan kepelbagaian biodiversiti ini menyumbangkan US$8 BILION
setahun untuk menghasilkan ubat bagi syarikat yang mengendalikan bidang ini.
Contohnya, ANTHROPOSENTRIK, digunakan dalam memajukan Bank Genetik khasnya
untuk memajukan sktor pertanian, perhutanan, akuakultur dan penternakan.Selain
itu tanaman seperti Tongkat Ali, Kacip Fatimah, ubi jaga, serai wangi dan Misai
Kucing boleh dijadikan sebagai sumber perubatan alternatif.Perubatan herba
boleh mengubati penyakit tertentu.Sebagai contoh, daun misai kucing dapat
menyembuhkan penyakit tekanan darahtinggi dan akar pokok bakawali pula dapat
mengubati penyakit diabetis.Ia juga boleh digunakan sebagai sumber perubatan
yang menyumbang jutaan ringgit setahun kepada ekonomi negara. Jelas bahawa
kekayaan kepelbagaian spesis biodiversiti ini mampu memperbaiki tahap kesihatan
masyarakat dan meningkatkan jangka hayat manusia.
SUMBER TENAGA
Penghasilan
tenaga baru iaiutu tenaga biojisin yang diperolehi daripada tumbuh-tumbuhan dan
najis haiwan dan mendapan pulpa dapat
membantu manusia dalam mencari pengganti kepada tenaga api yang semakin
berkurangan.Selain itu, penggunaan tenaga biojisim juga dapat memelihara alam
sekitar kerana bahan tenaga biojisim tidak mengeluarkan gas Co2.Tenaga biojisim
tidak akan menjejeskan alam sekitar dan mungkin juga penyelesaian kepada
masalah alam sekitar seperti kesan rumah hijau.
SUMBER AIR TAWAR
Pencemaran
air tawar bukan saahaja memudaratkan manusia malah hidupan liar juga.Pembuangan
sisa -sisa minyak dan bahan asing ke dalam sungai akan menjejaskan ekosistem
sungai dan mencemarkan sumber air bersih kepada manusia.
SUMBER GALIAN DAN
MINERAL
Pengurusan
sumber yang baik bukan sahaja menjamin keperluan sumber dimasa hadapan malah
menjamin sumber ekonomi negara dan memastikan bekalan sumber mineral negara
mencukupi dimasa akan datang.
STABILKAN EKOSISTEM
LAUT
Penanaman
pokok bakau akan menstabilkanekosistem laut.Poko yang unik ini bukan
sahajamenjadi tempat pembiakan bagi hidupan laut seperti ikan dan udang,malah
tumbuhan ini akan menghalang hakisan ombak dan pukulan ribut kencang daripada berlaku.
SUMBER R&D
Pemuliharaan
ekosisten juga dapat membantu dalam penyelidikan. Pusat-Pusat penyelidikan
seperti Pusat Biodiversiti Raub menjalankan kerja-kerja mengutip, memelihara
dan menjalankan kerja-kerja kajian farmakologi sampel, pemprosesan dan
penghasilan benih.Penyelidikan yang dijalankan terhadap biodiversiti menjamin
kelestarian alam.Selain itu, kajian terhadap biodervisiti juga akan menjadi
disiplin penting diInstitusi Pengajian Tinggi.
Kesimpulannya,penjagan
biodiversiti adalah penting kerana biodiversiti mempunyai pelbaig kepentingan
daripada segi sosial,dan ekonomi.Biodiversiti dapat memastikan kita mendatan
segala keperluan dan juga membantu dalam penjanaan ekonomi negara.
BY: IKMAL FIKRI
mohon share
ReplyDeleteNice
ReplyDeleteapa sumbangan penggunaan tenaga biojisim kepada pembangunan negara ya?
ReplyDelete