PENDAHULUAN:
- Sektor pertanian merupakan antara sektor yang amat penting bagi Malaysia.
- Sektor ini memainkan salah satu peranan yang penting dalam usaha pembangunan nasional negara.
- Ini adalah kerana, sektor ini mampu menyediakan peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan di samping merupakan sumber ekonomi yang amat penting kerana ia dapat menjana pendapatan yang lumayan bagi pengusaha industri ini.
PENANAMAN ORGANIK
- Pertanian organik juga dapat mengeluarkan makanan yang sihat dan selamat kepada masyarakat.
- Semestinya, pertanain organik akan menghasilkan makanan yang bebas daripada bahan-bahan kimia. Hal ini kerana, tanaman organik tidak menggunakan racun perosak tetapi menggunakan kawalan biologi untuk mengawal haiwan perosak.
- Sebagai contohnya ialah, dengan pemeliharaan burung hantu, haiwan perosak seperti tikus akan dapat dikawal.
- Jadi, tanaman akan selamat daripada gangguan haiwan perosak.
- Jelaslah di sini, makanan daripada pertanian organic selamat untuk dimakan.
KAWALAN BIOLOGI
- Penggunaan kawalan biologi didapati lebih bersih dan selamat kepada para petani .
- Menggunakan musuh serangga untuk membunuh serangga dan mahluk perosak kepada pengguna
- Oleh itu ,risiko keracunan makanan seperti cirit birit , muntah -muntah ,loya dan sebagainya dapat dielakkan
- Tambahan lagi ,penyakit berbahaya seperti barah ,alahan, dan kecacatan genetik dapat dikurangkan berbanding kaedah penggunaan bahan kimia .
PENANAMAN HIDROPONIK
- Membantu para petani yang kekurangan tanah, oleh itu bumbung-bumbung bangunan dijadikan tempat untuk menanam sayur-sayuran seperti bak Choy, sawi, kailan dan bayam di mana semuanya menggunakan kaedah hidroponik.
- Menanam sayur-sayuran dengan menggunakan cara hidroponik juga dapat mengelakkan alam sekitar dari terus dicemarkan dengan bahan-bahan bukan organik.
- Walaupun penanaman tanaman serta sayur-sayuran secara Hidroponik perlu menggunakan larutan kimia sebagai sumber nutrien untuk tanaman dan sayur-sayuran, ia juga tidak memerlukan tanah sebagai media tanaman,
- Sayur-sayuran yang ditanam dengan cara hidroponik tidak disembur dengan pestisid dan herbisid.
- Oleh
itu, sayur sayuran yang ditanam dengan cara hidroponik boleh dikatakan
bebas dari racun rumpai dan serangga. Secara ringkasnya, menanam
sayur-sayuran dengan cara Hidroponik adalah bersih dan tidak mencemarkan
alam sekitar.
PERTANIAN DALAM RUMA KACA
- Rumah kaca mempunyai kebaikan tersendiri kerana menghasilkan bahan pertanian terutamanya sayuran bermutu tinggi.
- Pengurusannya juga mudah kerana dilengkapi sistem saliran moden dan teknologi pendebungaan yang bersepadu.
- Kesedaran masyarakat mengenai kebaikan makanan segar dan seimbang terutamanya sayuran menggalakkan peningkatan permintaan bahan makanan dari rumah kaca itu.
- Keadaan ini akan menggalakkan lebih banyak pembinaan rumah kaca.
- Rumah kaca umumnya akan memerangkap C02 dan menghasilkan beberapa gas berbahaya.
- Ini berbeza dengan amalan sistem
pertanian biasa yang mendedahkan sayuran atau tanaman itu kepada cahaya
matahari dan menggalakkan kitaran dan penyaringan gas-gas utama di bumi.
KESIMPULAN
- penanaman tanpa menggunakan racun dapat menjamin kesihatan manusia daripada mendapatkan penyakit
- sekaligus tidak dinafikan bahawa membantu alam untuk mengurangkan pencemaran yang berlaku .
Nij /14/06/12
No comments:
Post a Comment