Powered By Blogger

Sunday 17 June 2012

PUNCA KERACUNAN MAKANAN


Punca-punca Masalah Pemakanan



PENGENALAN:

ü  Selain senaman, amalan pemakanan juga menjadi penentu kepada kesihatan seseorang.
ü  Amalan pemakanan di malaysia masih kurang memuaskan sungguhpun keprihatinan masyarakat tentangnya kian meningkat.
ü  Tabiat pemakanan yang negatif ini dipengaruhi pelbagai faktor luaran dan jika terbentuk amat sukar diubah.


ISI

1.       Media massa
ü  Iklan-iklan makanan ringan dan segera berupaya mempengaruhi amalan pemakanan.
ü  Kononya, ramuan sejenis makanan ringan itu mengikut ketetapan pakar makanan. Akibatnya ramai orang mempercayai bahawa makanan ringan dan makanan segera adalah berkhasiat
ü  Pengambilan makanan yang mengandungi bahan kimia ini secara berleluasa akan menyebabkan kegemukan, penyakit kencing manis, penyakit jantung, dan darah tinggi.

2. Bekalan makanan
ü  Jenis pengeluaran makanan di sesuatu tempat akan mempengaruhi amalan pemakanan.
ü  Kekurangan pengambilan sayur-sayuran menyebabkan kekurangan vitamin berlaku.
ü  Kawasan pendalaman pula lebih tertumpu kepada hasil pertanian, hal ini mencetuskan masalah kekurangan khasiat tertentu.

3. Pendapatan dan kuasa beli
ü  Di desa sering dikaitkan dengan kemiskinan, sayur menjadi makanan utama, buah-buahan hanya dimakan semasa musim buah-buahan sahaja.
ü  Kanak-kanak desa hanya mengambil kopi atau teh sebelum ke sekolah dab jarang minum susu segar.kini kanak-kanak lebih gemar membeli makanan ringan kering yang murah.
ü  Pemakanan yang tidak seimbang ini membantutkan tumbesaran kanak-kanak.

4. Nafsu dan selera
ü  Terdapat sesetengah orang yang terlalu kuat makan dan yang suka memilih makan, contohnya hanya makan laut sahaja.
ü  Golongan wanita yang ingin menjaga kecantikan rupa bentuk badan sehingga hanya bergantung kepada pil-pil vitamin dan mengurangkan makanan.
ü  Kesannya ialah sama ada pengambilan makanan yang berlebihan atau terkurang.

Kesimpulan

ü  Malnutrisi protein dan kekurangan vitamin masih wujud.
ü  Membantutkan pembangunan negara
ü  Wujudkan satu Dasar Makanan dan Pemakanan Kebangsaan.



                                                                               Dikarang oleh,
                                                                              Hafiz adha bin bahari


No comments:

Post a Comment