Powered By Blogger

Saturday, 16 June 2012

HIDUPAN LIAR -LANGKAH -LANGKAH UNTUK MENGEKALKAN HIDUPAN LIAR

PENGENALAN:

          Bumi ini bukan sahaja milik manusia. Flora dan fauna juga mempunyai hak untuk hidup di bumi hijau ini. Walau bagaimanapun, tindak-tanduk manusia telah mengakibatkan hidupan-hidupan liar semakin dinafikan haknya untuk hidup. Pembangunan dijadikan alasan untuk merasionalkan tindakan manusia ini. Langkah-langkah segera harus diambil agar hidupan liar juga dapat meneruskan kehidupan mereka di bumi ini.Langkah-langkah yang berkesan perlu di ambil untuk mengekalkannya.Pemusnahan hutan mengancam hidupan liar.langkah-langkah yang berkesan perlu di ambil untuk mengekalkannya.

ISI-ISI PENTING:

1.Mewujudkan hutan yang kekal          
  • Hutan yang kekal dan di baik pulih dapat menyelamatkan hidupan liar.
  •  Di dalam hutan terdapat sumber makanan  dan tempat perlindungan hidupan liar.
  • Penerokaaan hutan harus di kawal ketat. 
  • Undang-undang pembalakan  patut di ketatkan dan pembalakan haram di banteras.

2.Wujudkan hutan simpanan
  • Hutan simpan juga perlu di perbanyak.
  • Hutan-hutan simpan harus di jaga  agar tiada sebarang tindakan pembalakan dijalankan untuk merosakkan atau menghapuskan habitat haiwan.
  • contoh,Taman Negara ialah tempat perlindungan yang baik dan selamat bagi hidupan liar kerana di lindungi  undang-undang.
  • Sesiapa yang menceroboh hutan serta mengambil hasil hutan boleh di hukum.
  • Kerajaan perlu menawarkan hutan sebagai hutan simpanan dan Taman Negara.
3.Melakukan penyelidikan di dalam hutan.
  • Spesies-spesies hidupan liar yang hampir pupus di kenalpasti.
  • Kajian dan penyelidikan perlu dijalankan agar haiwan-haiwan ini terus membiak dan mempunyai ketahanan dalam menyesuaikan diri dengan perubahan-perubahan persekitaran.
  • spesies ini  diistiharkan sebagai Jabatan  Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara.
  • Sains veterinar di gunakan untuk pembiakan hidupan liar.
4.Pendidikan kesedaran.
  • Pendidikan amat penting agar orang ramai sedar tentang hidupan liar perlu di kekalkan.
  • Orang ramai akan sedar agar khazanah alam perlu di kekalkan untuk menjamin sistem ekologi dunia.
  • dengan itu orang ramai tidak menjadikan hidupan liar sebagai bahan makanan dan bekerjasama dengan kerajaan membanteras pemburuan haram.
KESIMPULAN:
               Kesimpulannya, langkah-langkah yang dirancang dan dilaksanakan memerlukan kerjasama daripada semua pihak. Kesedaran tentang hak hidupan liar melalui pendidikan penting agar tindak-tanduk manusia dapat dikawal.Di samping itu,usaha menyelamatkan hidupan liar melibatkan segenap lapisan masyarakat.

Di sediakan oleh:
Noriyah Binti Ahmad Heshamuddin.

4 comments: