Powered By Blogger

Wednesday, 13 June 2012

Akibat -Akibat Berlakunya Jerebu



PENDAHULUAN:
·         Belakangan ini, pencemaran udara seperti jerebu makin berleluasa. Terdapat pelbagai akibat berlakunya jerebu dalam negara kita.
ISI_ISI:
1.       MENJEJASKAN KESIHATAN:
·         Kesihatan manusia akan terjejas akibat daripada asap kenderaan seperti kereta, motosikal, lori dan sebagainya.
·         Hal ini menyebabkan manusia terdedah kepada penyakit yang merbahaya seperti asthma dan batuk kering.
·         Penyakit ini boleh menyebabkan kematian kepada manusia.
2.       MENJEJASKAN JARAK PENGLIHATAN:
·         Penglihatan manusia akan menjadi kabur akibat daripada asap jerebu yang semakin menebal.
·         Pengguna jalan raya berisiko tinggi untuk mendapat kemalangan akibat daripada jerebu tersebut.
·         Manusia juga akan mudah mendapat penyakit seperti katarak dan menyebabkan buta.
3.       MENJEJASKAN PERTANIAN:
·         Masalah jerebu juga menyebabkan sektor pertanian mengalami kerugian.
·         Hal ini kerana, hasil-hasil pertanian banyak yang rosak dan tidak subur.
·         Petani tidak boleh menjalankan aktiviti pertanian akibat daripada masalah jerebu.
4.       PENCEMARAN UDARA:
·         Asap jerebu yang semakin menebal menyebabkan lapisan ozon semakin nipis.
·         Oleh itu, berlakunya pencemaran udara yang serius.
·         Keadaan ini, akan suhu global semakin meningkat dari hari ke hari.
KESIMPULANNYA:
·         Manusia haruslah bekerjasama dalam menangani masalah jerebu yang semakin meruncing untuk menjaga alam sekitar.

                                                                                                                                     by: Hanita Razak

No comments:

Post a Comment