Powered By Blogger

Saturday 16 June 2012

KAWALAN BIOLOGI DALAM PERTANIAN DAN KEBAIKANNYA



Pengenalan
-Kawalan biologi ialah menggunakan pemangsa untuk mengawal serangga perosak.
-Kawalan biologi mempunyai kelebihan berbanding dengan penggunaan racun kimia.
-Kawalan biologi lebih luas penggunaannya dalam pertanian.

Isi:
Pencemaran dapat diatasi
-Dengan kawalan biologi, pencemaran alam dapat diatasi.
-Penggunaan racun serangga perosak akan menyebabkan pencemaran alam.
-Bakteria yang berfaedah akan terbunuh.
-Hal ini menyebabkan pencemaran alam.
-Racun kimia akan mencemari sumber air dan tanah.
-Akibatnya mengancam kelestarian hidup alam sekitar.
-Kawalan biologi tidak melibatkan bahan kimia.
-Hal ini menyebabkan alam sekitar terpelihara.

Kesihatan manusia dan haiwan terpelihara
-Dengan penggunaan kawalan biologi, kesihatan manusia dan haiwan terjamin.
-Sayur-sayuran yang yang tercemar oleh racun serangga perosak berbahaya jika dimakan.
-Sisa bahan kimia ini akan menyebabkan penyakit barah.
-Racun kimia juga menjejaskan pembiakan haiwan.
-Bahan kimia juga mengurangkan kesuburan pembiakan haiwan.
-Serangga pemangsa dan parasit tidak menimbulkan kesan sedemikian.

Kawalan biologi tidak menyebabkan serangga perosak berdaya tahan.
-Kawalan biologi tidak menyebabkan evolusi genetik serangga dan haiwan perosak.
-Penggunaan racun serangga perosak akan menyebabkan serangga perosak yang berdaya tahan.
-Serangga perosak akan lali terhadap kimia yang digunakan.
-Rintangan terhadap racun serangga perosak meningkat akibat evolusi genetik.
-Pengusaha terpaksa menambah dos racun.
-Akibatnya penggunaan racun serangga perosak mahal dan tidak menguntungkan.
-Kawalan biologi tidak akan mendatangkan kesan sedemikian.

Keseimbangan alam juga tidak terjejas
-Keseimbangan alam juga tidak terjejas.
-Taburan dan bilangan serangga saling mempengaruhi.
-Penggunaan racun serangga perosak menjejaskan habitat semula jadi haiwan.
-Hal ini menyebabkan kematian haiwan dan mikroorganisma.
-Keseimbangan rantaian makanan akan terjejas.
-Semua masalah ini tidak timbul jika kawalan biologi digunakan.
-Hal ini sedemikian kerana bilangan pemangsa bergantung pada perubahan bilangan serangga perosak.

Penutup
-Kesimpulannya, kaedah kawalan biologi lebih baik daripada penggunaan racun kimia.
Oleh itu penggunaan kawalan biologi harus digalakkan kerana tidak mengancam alam sekitar.
                                                                                                       Disediakan oleh : Nor Zafirah 

6 comments: