Powered By Blogger

Sunday, 17 June 2012

PEMERDAGANGAN MANUSIA : AKIBATNYA

Akibatnya

1. Mencemarkan imej negara di mata dunia
  • Kedudukan Malaysia dalam senarai 16 negara berprestasi buruk dalam mengekang isu permerdagangan manusia mencemarkan imej negara di mata dunia. 
  • Menunjukkan negara lemah dalam mentadbir dan menguatkuasakan undang-undang. 
  • Negara dianggaap sebagai sarang jenayah.
2. Mengancam keselamatan dan keamanan negara
  • Jenayah yang semakin berleluasa mengancam keselamatan terutamanya wanita dan kanak-kanak yang diperalatkan bagi tujuan tertentu termasuk pelacuran , pusat hiburan dan rumah urut dan sebagainya. 
  • Sindiket atau mereka yang terlibat juga melakukan aktiviti jenayah lain untuk mengumpulkan kekayaan.
3. Menjejaskan hubungan diplomatik antara negara
  • Penyeludupan dan pemerdagangan manusia melanggar hak sesebuah negara dan isu-isu yang berlaku menjejaskan hubungan diplomatik antara Negara. 
  • Isu-isu seperti penderaan malahan pembunuhan pembantu rumah menimbulkan rasa tidak puas hati antara negara yang terlibat
4. Peningkatan masalah sosial
  • Masalah sosial bertambah merebak dalam masyarakat 
  • seperti berpeleseran, pelacuran, seks bebas, minum arak dan sebagainya. 
  • Penularan penyakit berjangkit 
  • Penyakit-penyakit berjangkit seperti tibi, penyakit kelamin, hepatitis dan sebagainya kembali menular dalam kalangan masyarakat
Disediakan oleh:
Muhd Zulfika bin Husin

SISA PERTANIAN DAN KEPENTINGANNYA

Pendahuluan
  • Sisa pertanian merupakan bahan sampingan yang tidak digunakan lagi.Ia juga dapat diproses dan digunakan semula serta bermanfaat kepada manusia dan alam.Sisa pertanian mempunyai nilai komersial,bahan mentah kelas kedua jana pendapatan petani.
Isi-isi penting

Hasilkan baja kompos/organik
  • Dapat menghasilkan baja organik melalui hampas kelapa,kelapa sawit,tebu,sekam dan jerami padi.
  • Baja kompos juga amat sesuai untuk menyuburkan tanah dan tumbuhan pertanian hidup subur.
  • Dapat mengawal dan mengekalkan pergerakan air tanaman pertanian.
  • Mengekalkan kelembapan tanah.
  • Ia juga menghalang serangan bakteria terhadap tanah jika dibandingkan dengan baja kimia.

Jadi sumber makanan ternakan
  • Sekam padi amat sesuai untuk makanan anak-anak ayam dalam usia 1 hingga 15 tahun.
  • Jerami padi dikeringkan dijadikan makanan ternakan lembu,kambing,ayam dan lain-lain.
  • Jerami dan hampas tebu diproses menjadi dedak yang mengandungi protein dan mineral yang tinggi.
  • Mengurangkan import makanan ternakan.
  • Meningkatkan pendapatan petani dan pekebun.

Hasilkan biogas

  • Bahan seperti sekam padi dibakar akan menghasilkan tenaga.
  • Hampas kelapa sawit,tebu dan juga tahi lembu hasilkan tenaga biogas.
  • Lebih mesra alam berbanding bakaran api fosil
  • Mengurangkan pencemaran alam sekitar.
  • Elak pemanasan global

Bahan untuk hasil perabot
  • Batang pokok kelapa dan kelapa sawit boleh dijadikan gentian perabot menggantikan produk kayu-kayan.
  • Juga dijadikan kayu dan papan lapis.
  • Campuran sekam padi,silika dan gam hasilkan papan dan gentian bermutu tinggi.
  • Juga dijadikan bahan gentian dalaman kereta.

Kesimpulan
  • Sisa petanian mempunyai nilai komersial jika diuruskan dengan baik.Sisa pertanian juga meningkatkan pendapatan petani.Tiada pembaziran sisa ianya menjana industri baru dalam industri baja dan makanan ternakan.

                                                                                                           Disediakan oleh ,
                                                                                                            Mysara Shukor

Saturday, 16 June 2012

HIDUPAN LIAR -LANGKAH -LANGKAH UNTUK MENGEKALKAN HIDUPAN LIAR

PENGENALAN:

          Bumi ini bukan sahaja milik manusia. Flora dan fauna juga mempunyai hak untuk hidup di bumi hijau ini. Walau bagaimanapun, tindak-tanduk manusia telah mengakibatkan hidupan-hidupan liar semakin dinafikan haknya untuk hidup. Pembangunan dijadikan alasan untuk merasionalkan tindakan manusia ini. Langkah-langkah segera harus diambil agar hidupan liar juga dapat meneruskan kehidupan mereka di bumi ini.Langkah-langkah yang berkesan perlu di ambil untuk mengekalkannya.Pemusnahan hutan mengancam hidupan liar.langkah-langkah yang berkesan perlu di ambil untuk mengekalkannya.

ISI-ISI PENTING:

1.Mewujudkan hutan yang kekal          
  • Hutan yang kekal dan di baik pulih dapat menyelamatkan hidupan liar.
  •  Di dalam hutan terdapat sumber makanan  dan tempat perlindungan hidupan liar.
  • Penerokaaan hutan harus di kawal ketat. 
  • Undang-undang pembalakan  patut di ketatkan dan pembalakan haram di banteras.

2.Wujudkan hutan simpanan
  • Hutan simpan juga perlu di perbanyak.
  • Hutan-hutan simpan harus di jaga  agar tiada sebarang tindakan pembalakan dijalankan untuk merosakkan atau menghapuskan habitat haiwan.
  • contoh,Taman Negara ialah tempat perlindungan yang baik dan selamat bagi hidupan liar kerana di lindungi  undang-undang.
  • Sesiapa yang menceroboh hutan serta mengambil hasil hutan boleh di hukum.
  • Kerajaan perlu menawarkan hutan sebagai hutan simpanan dan Taman Negara.
3.Melakukan penyelidikan di dalam hutan.
  • Spesies-spesies hidupan liar yang hampir pupus di kenalpasti.
  • Kajian dan penyelidikan perlu dijalankan agar haiwan-haiwan ini terus membiak dan mempunyai ketahanan dalam menyesuaikan diri dengan perubahan-perubahan persekitaran.
  • spesies ini  diistiharkan sebagai Jabatan  Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara.
  • Sains veterinar di gunakan untuk pembiakan hidupan liar.
4.Pendidikan kesedaran.
  • Pendidikan amat penting agar orang ramai sedar tentang hidupan liar perlu di kekalkan.
  • Orang ramai akan sedar agar khazanah alam perlu di kekalkan untuk menjamin sistem ekologi dunia.
  • dengan itu orang ramai tidak menjadikan hidupan liar sebagai bahan makanan dan bekerjasama dengan kerajaan membanteras pemburuan haram.
KESIMPULAN:
               Kesimpulannya, langkah-langkah yang dirancang dan dilaksanakan memerlukan kerjasama daripada semua pihak. Kesedaran tentang hak hidupan liar melalui pendidikan penting agar tindak-tanduk manusia dapat dikawal.Di samping itu,usaha menyelamatkan hidupan liar melibatkan segenap lapisan masyarakat.

Di sediakan oleh:
Noriyah Binti Ahmad Heshamuddin.

PERUBATAN HERBA -CARA UNTUK MEMAJUKANNYA

Pengenalan:  perubatan tradisional merupakan amalan tradisional sejak zaman dahulu lagi. perubatan tradisional juga boleh dikembangkan melalui beberapa cara.

Isi 1. Pelihara hutan
      - tumbuh-tumbuhan dalam hutan juga berpotensi untuk dijadikan ubat bagi perubatan herba.
      - sebagai contoh: pokok Bitangor di sarawak berkesan untuk merawat penyakit Aids.
      - tumbuh-tumbuhan yang berpotensi menjadi herba dalam perubatan perlulah diistiharkan sebagai spesis terlindung.
       - hutan simpan juga perlulah diperbanyakkan agar sepisis yang bernilai tidak musnah.
       - hal ini demikian kerana tumbuh-tumbuhan yang berpotensi dapat menjadi herba yang dilindungi.

Isi 2. Penyelidikan perubatan herba
     - penyelidikan dalam perubatan herba juga perlulah dipesatkan.
     - hal ini demikian kerana perubatan herba masih kurang diselidik  kerana keberkesannya masih belum dibuktikan melalui hasil kajian saintifik.
     - kajian herba harus dijalankan oleh ahli farmakologi dan ahli botani.
     - preskripsi ubat tradisional perlu dikaji.
     - herba seperti tapak dara, kemuning cina, misai kucing dan tongkat ali dianalisis dan dikaji.
     - cara ini dapat meningkatkan keselamatan herba.

Isi 3. Guna teknologi moden
     - teknologi juga penting untuk kembangkan perubatan herba.
     - di negara-negara barat ubat untuk leukemia dan malaria dihasilkan daripada herba dengan menggunakan teknologi moden.
      - ubat herba kita dihasilkan dengan cara tradisional iaitu dimasak  bersama-sama dengan ramuan dan  selepas itu disapu atau dimakan oleh pesakit.
       - oleh itu,  kaedah pengeluaran herba harus dimodenkan.
       - ubat herba perlu disediakan dalam bentuk ubat cecair, kapsul, dan pil.

Isi 4. Guna bioteknologi
     - pembiakan flora melalui bioteknologi juga dapat dikembangkan melalui perubatan herba. kegiatan.
     - kegiatan pembiakan perlu dijalankan seperti Jabatan Botani Universiti Malaya.
     - cara pembiakan moden seperti cara kultur sel dan pengklonan.
     - pembiakan secara besar-besaran dapat dijalankan.
     - dengan ini, bahan ubat  daripada herba tidak pupus.
     - pemasaran herba ke pasaran antarabangsa juga dapat dijalankan.

Penutup: kesimpulannya, biodiversiti hutan harus diterokai. kegiatan penyelidikan bersepadu harus digiatkan.

( Disediakan Oleh: ANIS SYAHIRA)

KAWALAN BIOLOGI DALAM PERTANIAN DAN KEBAIKANNYA



Pengenalan
-Kawalan biologi ialah menggunakan pemangsa untuk mengawal serangga perosak.
-Kawalan biologi mempunyai kelebihan berbanding dengan penggunaan racun kimia.
-Kawalan biologi lebih luas penggunaannya dalam pertanian.

Isi:
Pencemaran dapat diatasi
-Dengan kawalan biologi, pencemaran alam dapat diatasi.
-Penggunaan racun serangga perosak akan menyebabkan pencemaran alam.
-Bakteria yang berfaedah akan terbunuh.
-Hal ini menyebabkan pencemaran alam.
-Racun kimia akan mencemari sumber air dan tanah.
-Akibatnya mengancam kelestarian hidup alam sekitar.
-Kawalan biologi tidak melibatkan bahan kimia.
-Hal ini menyebabkan alam sekitar terpelihara.

Kesihatan manusia dan haiwan terpelihara
-Dengan penggunaan kawalan biologi, kesihatan manusia dan haiwan terjamin.
-Sayur-sayuran yang yang tercemar oleh racun serangga perosak berbahaya jika dimakan.
-Sisa bahan kimia ini akan menyebabkan penyakit barah.
-Racun kimia juga menjejaskan pembiakan haiwan.
-Bahan kimia juga mengurangkan kesuburan pembiakan haiwan.
-Serangga pemangsa dan parasit tidak menimbulkan kesan sedemikian.

Kawalan biologi tidak menyebabkan serangga perosak berdaya tahan.
-Kawalan biologi tidak menyebabkan evolusi genetik serangga dan haiwan perosak.
-Penggunaan racun serangga perosak akan menyebabkan serangga perosak yang berdaya tahan.
-Serangga perosak akan lali terhadap kimia yang digunakan.
-Rintangan terhadap racun serangga perosak meningkat akibat evolusi genetik.
-Pengusaha terpaksa menambah dos racun.
-Akibatnya penggunaan racun serangga perosak mahal dan tidak menguntungkan.
-Kawalan biologi tidak akan mendatangkan kesan sedemikian.

Keseimbangan alam juga tidak terjejas
-Keseimbangan alam juga tidak terjejas.
-Taburan dan bilangan serangga saling mempengaruhi.
-Penggunaan racun serangga perosak menjejaskan habitat semula jadi haiwan.
-Hal ini menyebabkan kematian haiwan dan mikroorganisma.
-Keseimbangan rantaian makanan akan terjejas.
-Semua masalah ini tidak timbul jika kawalan biologi digunakan.
-Hal ini sedemikian kerana bilangan pemangsa bergantung pada perubahan bilangan serangga perosak.

Penutup
-Kesimpulannya, kaedah kawalan biologi lebih baik daripada penggunaan racun kimia.
Oleh itu penggunaan kawalan biologi harus digalakkan kerana tidak mengancam alam sekitar.
                                                                                                       Disediakan oleh : Nor Zafirah 

Friday, 15 June 2012

HAKISAN OZON DAN AKIBATNYA



   PENGENALAN: 
      Dewasa ini,gejala hakisan lapisan ozon telah menimbulkan pelbagai masalah kepada hidupan  manusia dan telah menimbulkan kebimbangan secara tidak langsung.Hal ini dapat dilihat apabila semua hidupan di atas muka bumi ini terpaksa menerima kesannya.Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya hakisan ozon seperti pembakaran hutan secara terbuka,pembalakan hutan secara tidak terancang,dan pelepasan gas-gas dan asap hitam secara tidak terkawal.

   ISI-ISI PENTING:

  1. Menjejaskan kesihatan:
  • Kesihatan manusia akan terjejas akibat lapisan ozon yang telah di hakis menjadi nipis
  • Kesannya,manusia terdedah kepada sinaran ultra ungu.
  • Selain itu,mengakibatkan masalah  mutasi iaitu menyebabkan tumbesaran manusia menjadi terencat.
  • Mengakibatkan penyakit kanser kulit dan mengalami katarak yang boleh menyebabkan mata buta.
  • Sistem pelalian badan akan lumpuh dan diancam penyakit bahaya yang tidak pernah mengancam manusia.
      2.  Menjejaskan sektor pertanian:
  • Radiasi ultra ungu akan mengurangkan air dalam tumbuhan.
  • Menjejaskan proses fotosintesis iaitu pembesaran tumbuh-tumbuhan ambil masa yang panjang  dan menyebabkan kualiti merosot.
  • Kandungan protein dalam kacang soya juga turut merosot.
  • Pokok mengambil masa yang lama untuk menjadi matang.
  • Menyebabkan petani kekurangan hasil sebanyak 30% secara tidak langsung.
      3.  Kehidupan laut terjejas:
  • Merupakan makanan asas hidupan laut seperti plankton.
  • Mudah mati apabila terkena cahaya matahari.
  • Menyebabkan sumber makanan ikan berkurang dan mengakibatkan terputusnya rantai makanan.
  • Suhu laut meningkat akan merosakkan tumbuhan karang.
  • Hilangnya habitat hidupan laut.
  • Menjejaskan sumber bekalan manusia.
          KESIMPULAN:

ΓΌ   Manusia haruslah mempunyai kesedaran tentang betapa pentingnya menjaga muka bumi ini dari berlakunya sebarang kemusnahan agar generasi akan datang dapat menikmati sumber alam ini di masa akan datang.

Disediakan oleh :
Nurul Hazliana binti Badrol Hisham

LASER DAN KEPENTINGANNYA


  PENGENALAN:
  • Pada era yang moden ini,dunia telah mencapai arus kemodenan dan tahap teknologi yang tinggi di dalam pelbagai bidang dan aspek.Hal ini dapat di lihat  dengan terciptanya alat yang moden seperti laser.
  ISI-ISI PENTING 
1.    Dalam bidang kesihatan:
  •   Laser banyak di gunakan di dalam bidang perubatan terutamanya semasa proses pembedahan.
  •   Ia juga secara tidak langsung boleh mengurangkan keasakitan kepada pesakit.
  •   Laser juga boleh menjimatkan masa dan mengesan penyakit dengan cepat.
  •   Tidak meninggalkan sebarang kesan ataupun parut kepada pesakit.
  •   Mempunyai kesan sampingan yang minimum. 
2. Dalam bidang pertanian 
  • laser juga banyak digunakan dalam bidang pertanian untuk memudahkan pengurusan pertanian dijalankan.
  • Laser juga digunakan untuk menghapuskan mikroorganisma yang terdapat di dalam hasil tanah
  • Membantu menghasilkan hasil yang lebih berkualiti.
3.Dalam bidang penghasilan barang pejabat:
  • Digunakan untuk mempercepatkan kerja-kerja pengurusan
  • Pekerjaan dapat dilakukan dalam masa yang singkat dengan adanya penggunaan laser.
4. Dalam bidang telekomunikasi :
  •   membolehkan kawasan luar bandar mendapat liputan dengan lebih laju dan sistematik.
  •    Memudahkan urusan seharian manusia.
  •    Membolehkan proses komunikasi tanpa perlu berjalan jauh.
   Kesimpulan 
  Penggunaan laser di dalam pelbagai bidang telah memudahkan kehidupan seharian kita dan mewujudkan masyarakat yang lebih intelektual seiring dengan perkembangan zaman moden. 
                                                                                                                            Disediakan oleh :
Halimatun Saadiah binti Zulkipli